15 August 2008

Dikejut

Selalu tak korang terjaga waktu tengah malam. Hmm..aku jarang2 la. Bila aku tertidur awal (sebelum kul 12), antara kul 1 - 5 pagi selalunya mesti terjaga balik. Yang pastinya bila tertidur awal tu mesti belum solat Isyak. (ishh..ape nak jadi ni...) Jadi bila terjaga tgh mlm tu, sebenarnya 'dikejut' suruh solat la tu. Malam semalam pun sama, layan Sukan Olimpik...terus tertidur atas sofa. Kul 12 lebih terjaga kejap, bukak pintu sebab adik aku baru balik keje. Pastu sambung balik tidur. Alih2 kul 4 pagi terjaga...x reti2 lagi, bgn gak la buat ape yg belum dikerjakan...:) Lepas tu mata jadi segar la pulak. Bukak tv, ada ulangan cerita 'Renjis' episod akhir...tengok je la..hehe.  Kul 5.30 baru tidur. Sejam lepas tu dah kena bangun balik, bersiap nak pegi keje. Huuu...x puasnya tidur...


                            

09 August 2008

8/8/08

Tarikh 8/8/08 (Jumaat) jatuh pada hari semalam. Tarikh ni dipilih oleh Hisham dan pasangannya Nisya untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka. Bukan diorang berdua je, ramai lagi pasangan yg memilih tarikh istimewa ni untuk melangsungkan perkahwinan. Mula2 dulu memang dah rancang nak pegi, tapi sebab xde sape yg free, aku pun xde la apply cuti. Tiba2 je petang khamis kelmarin Fezol ajak cuti. Hampeh..last minute baru cakap. Terus je aku apply cuti. Tak sempat pun bos aku nak luluskan..tapi aku cuti je..(ala..mesti diluluskan punye..hehe)

Petang semalam aku dan Fezol pun pegi la ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk menyaksikan majlis pernikahan Sham. Lepas solat Asar, majlis pun berlangsung. Alhamdulillah..dengan sekali lafaz Sham sah menjadi suami kepada Engku Hanisyarulakmar...;)

Kemudian..pukul 9.30 malam aku, Pali, Fezol, Lan dan Lynn berkumpul di rumah Sham. Ade misi skit...hehe. Kitorang tolong angkut barang2 ke PULAPOL, Jalan Semarak, tempat berlangsungnya kenduri belah lelaki pada hari Ahad. Lepas tu gi pasang papan tanda plak kat jalan2 sekitarnya. Dah abis buat keje..gi makan jap kat Keramat..pastu baru balik. Kul 2 pagi baru sampai rumah...huhh penat sih..tapi seronok dapat tolong ape yg patut...

Tahniah diucapkan kepada Sham...kami pun tumpang gembira!!

p/s: 8/8/08 - Sukan Olimpik Beijing bermula dengan rasminya. Semoga berjaya kepada atlet Malaysia! Mudah-mudahan ada yang jadi jutawan..:)


29 July 2008

Baharu!

Eeii...nape sekarang orang guna perkataan 'baharu' ek? Yang paling ketara dalam iklan la...kat tv, surat khabar...semua camtu. Contohnya kalau 'perisa baru'...sekarang dah jadi 'perisa baharu'. Ntah ape2.. Tengah aku baca surat khabar ni, terjumpa lagi satu iklan..."BAHARU! Debit sahaja, terus ceria..." cam sengal...tak ceria langsung!

Memang menyinggung perasaan!!...@#$%^&*


21 July 2008

Redang 2008

                                     Dsc06775                                       
Hehehe...Setelah lama menghitung hari, akhirnya 6 orang sahabat pegi la bercuti ke Pulau Redang, Terengganu...melupakan seketika kesibukan kerja dan komitmen masing2. Aku, Man, Boy, Dell, Sham dan Lan je kali ni (tanpa Fezol, Pali dan Ajie). Kitorang bertolak pada 17 Julai, kul 11.00 mlm dengan menaiki bas. Selama 3 hari 2 malam tu, Redang Bay Resort menjadi Dsc06772_1 tempat penginapan kitorang. Memang syok giles... Antara aktiviti yg dilakukan ialah snorkeling sampai lebam, sesi fotografi dalam air...huahua, main bola tampar pantai, main bola sepak pantai, main frisbee, main lawan ombak, jalan2 waktu malam dan main kad...huhu..Sengal2 badan dibuatnye.. Trip ni akan diingati sbg percutian terakhir Hisham bersama kitorang sebelum berkahwin pada bulan depan dan berpindah ke Dubai utk bekerja. Kira "Bachelor Party" dia la ni...haha.

Pada 20 Julai, kul 1 petang, kitorang bertolak pulang ke KL. Sebelum tu sempat la jalan2 di Pasar Payang, beli keropok lekor. Tak bleh nak beli banyak sangat, maklumlah..naik bas...hehe. Sampai KL kul 8.30 malam. Hmm...kira best gak la trip kali ni.. Cuaca baik, xde ape2 yg buruk berlaku, selamat pegi dan balik. Semua ikut perancangan.. Yang paling best dan berharga, dapat bercuti dan menghabiskan masa bersama kawan2 rapat sejak dari sekolah menengah...;)

 

14 July 2008

Sayang nak tukar

Semalam, aku, pali dan man jalan2 kat mid valley. Waa, dah lame rasanye tak kuar berjalan ngan diorang kat shoping compleks...hehe. Selalu jumpa pali masa makan tengahari je. Man memang selalu la jumpa, geng main futsal dan tengok bola..dan kadang2 meronda kat uptown. Semalam Pali telah menjadi sengal kerana tertinggal hpon kat rumah. Susah gak la pagi tu, sebelum nak jumpa...hampeh. Ye la, bukan semua orang hafal nombor2 dalam hpon tu.. Tapi Pali telah membuktikan sekali lagi nombor hpon aku cun gak la, senang diingati...walaupun guna public phone, dia tetap boleh dail nombor aku..hehe. Tu la satu-satunya nombor hpon aku sejak 7 tahun lalu. Sayang beb nak tukar. Dulu beli RM200 tu, bukan RM10 cam sekarang. Kul 9.30 pagi kitorang dah ade kat Pantai Dalam, sarapan. Dalam kul 10.30 pagi, beli tiket Hancock lakonan Will Smith. Sementara nak tunggu tayangan (kul 12.30), kitorang gi lawat pameran hartanah. Pali bercadang nak cari rumah...hmm..ada la 1 rumah yang dia berkenan..hehe. Lepas tu gi minum kat mapley jap..

Habis tengok wayang, dalam kul 3 kitorang balik ke rumah. Pali terus ke Bandar Baru Bangi, nak tengok showroom rumah yang dia minat tu...;p. Harap2 dapat la rumah tu ye...hehe

p/s: countdown - 3 hari je lagi...;p

06 July 2008

Misi yang gagal

Pagi semalam berlangsung Pertandingan Futsal Fakulti Kejuruteraan. Team aku turun sebagai juara bertahan..;p Nama team kitorang 'Angkasamen' (ANGKASA+IMEN)...hehe. Misi kali ni sudah tentu nak pertahankan kejuaraan. Ada 7 team yg bertanding, dan dibahagi kepada 2 kumpulan. Tak seimbang daa.. Kumpulan A ada 4 team iaitu JKEES, JKAS, Pejabat Dekan, dan JSB. Kumpulan B ada 3 team, iaitu Angkasamen, JKMB dan JKKP. Kumpulan B memang kumpulan maut betul la..kuat2 semuanya..cis

Lawan punya lawan, team kitorang dapat no.3 je peringkat kumpulan...huhu, tak dapat la nak masuk semi-final..hampa. Shahril plak cedera kat buku lali, kena sepak ngan geng jahat...sian... Aku tolong la bawak dia gi klinik. Abis bengkak buku lali dia. Nasib baik terus letak ais, kalau tak lagi bengkak la jawabnya.. Uui..sakit tu, aku penah kena camtu gak, 3 hari x bleh jejak kaki...2 bulan rehat, tak main futsal.

Lepas hantar Shahril, aku pegi semula kat Active Futsal, Bangi tu. Sempat la tengok penentuan tempat ke 3-4, dan final. Dua2 game ditentukan ngan penalti...ceh, boring ahh..

Keputusan penuh:
Juara: JKMB
Naib Juara: Pejabat Dekan
Tempat ke-3: JKKP
Tempat ke-4: JKEES

Kategori pompuan aku tak tau la sape menang. Dengar2 macam JKKP menang. Ala, x kisah la..bukan ANGKASA ada hantar team pun..hehe

23 June 2008

20 jam

21 Jun 2008 (Sabtu)...Kul 8.30 pagi dah keluar gi ofis, ade keje yg perlu dibereskan. Kul 6 ptg baru aku balik, bukan balik ke rumah, tapi terus ke rumah Pali kat Bandar Kinrara. Lan, Man dan Sham dah ada kat situ. Sebelum tu diorang gi kenduri kawin Pole kat Shah Alam. Sori la Pole, tak dapat datang.. Hmm..dapat la tengok anak Pali yang baru berusia 10 hari..hehe. Takde nama lagi budak kecik tu...cehh..

Dalam kul 7 bergerak ke Stadium Shah Alam plak ngan Lan, Man dan Sham. Malam tu ada perlawanan akhir Piala F.A antara Kedah dan Selangor. Mahal la tiket..RM20 tu..(Kedah menang 3-2). Habis game dalam kul 11, terus balik ke rumah masing2. Sampai rumah dalam kul 11.45 mlm. Tapi aktiviti tak tamat di situ...haha. Kul 12.30 pagi keluar gi danau kota plak. Lepak makan ngan Man, Sham dan Dell sambil tunggu perlawanan suku akhir EURO antara Belanda dan Russia pada pukul 2.45 pagi. Belanda memang pasukan pilihan utk EURO kali ni. Keputusannya...Russia menang bergaya 3-1. Kecewa Man ngan Sham...haha. Kul 6 pagi baru sampai rumah. Pehh..20 jam aku kuar...hampir sehari. Dah lama rasanye tak kuar lama camtu..Sengal2 bdn dibuatnye. Mata pun dah berat gile..

Kul 10 pagi bangun..(tak puas lg sebenarnye) Tup..tup..kul 12 aku dah ade kt ofis...huhu. Ade keje lagi yg nk dibuat. Masa buat keje kepala rasa berdenyut2 je,pening seh.. Kul 4 balik umah..sampai je..terus makan..pastu terus landing atas sofa...zzzzzz sampai maghrib..
Fuhh...memang minggu yg memenatkan....

Dsc00108_1

20 June 2008

Kerja, EURO, Cek..

Selalunya masa ni (Jumaat,11.00 mlm) aku tengah seronok main futsal kat Soccer XL, Segambut....tapi hari ni tak main daa.. Penat rasanye, kul 10 tadi baru sampai rumah..Baik aku rehat je la kat rumah. Esok nak kene keje lagi. Sibuk aar sekarang ni, banyak keje. Tak dapat la nak gi wedding Pole dan melawat anak sulung Pali yang baru lahir. Dah seminggu nampaknye Pali jadi ayah..Selamat Hari Bapa! Tadi masa makan tengahari ngan Pali, dia cakap anak dia belum ade nama lagi..haha...

EURO 2008
Sibuk2 gak, EURO jangan dilupakan..dah masuk peringkat suku akhir ni...hehe. Awal pagi tadi tengok Portugal kecundang di tangan Jerman 2-3. Jerman akan bertemu  samada Croatia atau Turki di separuh akhir nanti. Kelmarin, tengok bola punye pasal, kul 7.30 baru bangun tidur. Lambat setengah jam aku masuk ofis.. hehe..terlebih sudah...

Deposit Cek
Minggu lepas aku masukkan cek dalam mesin deposit cek kat CIMB UKM. Dah seminggu lebih, tak masuk2 duit dalam akaun..cis. Nak pegi tanya kat bank memang takde masa la sekarang ni...tengah sibuk. Pastu awal pagi tadi, boleh plak mesin ATM bank tu kena pecah..RM350,000 lesap. Nampaknya lambat lagi la cek aku nak settle...grrrr*

                                            Cimb_ukm_1


07 June 2008

Hari Keputeraan YDP Agong

Hari ni merupakan Hari Keputeraan YDP Agong Malaysia. Teringat masa lepak minum lepas main futsal minggu lepas...Ade kawan aku sorang tu dia tanye "Eh, nape Hari Keputeraan Agong jatuh pada 7 Jun ek, bukan 1 Jun ke?"

Aku pun bagitau la, tarikh Hari Keputeraan YDP Agong tu jatuh pada hari Sabtu pertama bulan Jun.. tak semestinya 1 Jun.. Tahun lepas jatuh pada 2 Jun (tahun 2006 jatuh pada 3 Jun, tahun 2005 jatuh pada 4 Jun) Dia pun "Ooo..patut la berubah2 tarikh nye"...hehe, tu pun tak tau...

Saje je nak kongsi cerita ni, mane tau ade yang masih tertanye-tanye...;p

Petang tadi aku gi tengok wayang...1st time tengok wayang cerita sepanyol...hehe Tajuknye 'The Orphanage' arahan Guillermo del Toro...boleh tahan gak ceritanye...cerita seram! Dah last2 baru sedar yg....tuutttt...;p (bukan mimpi la)

p/s:1. 10 minit lagi akan bermulanya EURO 2008...;)  viva espania!
      2. Dah baca post terbaru Tun Mahathir baru la aku tahu cerita sebenar di
          sebalik pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Mahkamah Malaysia.

05 June 2008

Oh minyak..

Hmm...dari petang sampai ke tengah malam semalam semua stesen minyak diserbu orang ramai...kecoh..kecoh.. Masa aku balik petang semalam aku nampak gak kereta bersusun kat stesen minyak. Masa tu aku tak tau lagi, aku pun tengok la dengan pelik nya gelagat diorang.. Beberapa minit lepas tu baru diumumkan kat radio..harga petrol akan naik 0.78 sen bermula esok (hari ni). Oo..patut la..

Terus je aku menjeling ke meter minyak kereta aku, aisey tinggal setakuk je lg...cis.. Stesen minyak tengah sesak plak tu.. Aah..lantak diorang la. Esok dengan bergaya aku akan mengisi minyak..haha. Lepas maghrib masa aku kuar gi futsal..makin menjadi2 jammed nye..sampai terlambat aku tiba di Sports Planet Ampang. Macam dalam filem plak, semua orang nak selamatkan diri dari bencana..

Pagi tadi, aku naik moto je..sama gak cam kereta aku..minyak dah nak abis.. Dengan bangganya aku isi minyak dengan harga baru...haha. Tengok kat mesin pam minyak tu tertera 1 liter = RM2.704...wow..mahalnye..

Huahua...harga barang keperluan pun akan naik gak la gamaknye!!